PROFIL SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH
1926– Sekolah ditubuhkan, bilangan murid kurang daripada 100 orang.
1928– Bilangan murid bertambah dalam tempoh 13 tahun, seorang majikan lombong bijih timah Encik Lim Cheong menderma tanah sebagai tapak kegunaan sekolah.
1942– Sekolah terpaksa ditutup dalam tempoh pemerintahan Jepun kerana bilik darjah termusnah.
1945– Bangunan sekolah yang rosak diperbaiki semula.
1950– Bilangan murid bertambah kerana pembentukkan perkampungan Cina di belakang tapak sekolah akibat Pemerintahan Darurat.
1956– Ciptaan rekod bilangan kelas terbanyak iaitu 25 kelas menampung 30 kelas murid pada sebelah pagi dan petang.
1957– Kerajaan memberi bantuan dan sebidang tapak sekolah baru untuk mendirikan 2 deret bilik darjah dan 5 asrama guru.
1963– Sederet bangunan telah dijilat api, kerugian ditaksirkan lebih kurang RM 20,000.
– KPM memberi peruntukan sebanyak RM 20,000 sebagai bantuan kecemasan untuk projek pembinaan bangunan baru.
1966– Bangunan 2 tingkat siap didirikan di atas tapak bangunan lama yang terbakar dengan dermaan orang ramai dan bantuan kerajaan.
– Satu banguan dewan besar dibina dengan derma RM 10,000 dari Yayasan Lee dan sumbangan orang ramai.
1972– Dewan tersebut siap dibina dan dinamakan “Dewan Lee Kwang Cheng”
1978– Perpustakaan diberi nama “Perpustakaan Ng Choon” demi memperingati jasa bakti bekas Guru Besar En. Ng Choon.
2007-2008– Kerja penyelenggaraan seperti mengecat semula bangunan pentadbiran sekolah, membaipulihkan bumbung atap bilik darjah, tandas sekolah dan tambahan untuk kantin sekolah.
2008– Satu blok bilik darjah dicadangkan membina semula kerana telah diserang anai-anai setelah diperiksa oleh pihak JKR.
2009– Berjaya mendapat peruntukan bantuan rangsangan ekonomi sebanyak RM 120,000 melalui KPM untuk membina bangunan baru dengan tujuan mengganti bangunan yang usang.
