PENTADBIRAN
VISI SEKOLAH
Menjadikan SJK ( C ) Ying Sing, Malim Nawar komuniti berilmu yang bertaraf
kebangsaan menjelang tahun 2015
MISI SEKOLAH
Kami bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan berteraskan ilmu pengetahuan untuk melahirkan kecemerlangan yang bertaraf kebangsaan dalam bidang:
a. Pengurusan dan kepemimpinan yang cekap, berkesan, telus dan tulus.
b. Akademik yang berasaskan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang cemerlang.
c. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan.
d. Sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif.
Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasibestari, jati diri dan integrasi nasional
FALSAFAH SEKOLAH
1. Taat Setia, Berbakti dan Ikhlas, Amalan Hidup Kita.
2. Manusia adalah makhluk yang sempurna yang dididik, berkemampuan untuk mencapai ketinggian akhlak.
3. Pembelajaran, keupayaan pembelajaran dan prestasi seorang murid itu bukannya berpunca dari sifat semulajadinya tetapi dari alam persekitarannya samada di dalam bilik darjah atau di luar.
4. Kebolehan dan kepandaian manusia itu bukanlah ditetapkan tetapi boleh dimanupulasikan. Manupulasi adalah proses melakukan sesuatu berhajat untuk menghasilkan sesuatu.
PIAGAM PELANGGAN
SJK (C) YING SING
Kami Guru-guru
SJK (C) YING SING, MALIM NAWAR,
dengan penuh kepercayaan dan kemahuan akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
1. Memberi pendidikan yang berkualiti dan seimbang.
2. Mewujudkan budaya sekolah penyayang dan prihatin.
3. Melahirkan pelajar yang bertanggung jawab, harmonis, seimbang, berakhlak mulia dan berketrampilan.
4. Mewujudkan budaya membaca.
5. Menyediakan murid yang menguasai 3M supaya mampu melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.
6. Memberi peluang murid mengembangkan potensi mereka dengan berkesan ke tahap maksimum.
7. Mewujudkan iklim sekolah yang konduktif, selesa, selamat dan menyeronokkan sebagai tempat memberikan
pendidikan yang sempurna.
